Saturday, July 25, 2009

kreativiti dalam seni visual

Kreativiti dalam Seni visual???

Seperti apa yang telah didedahkan oleh pensyarah saya yakni En.Roskang Jailani. Kreativiti dalam Seni Visual merupakan perkara yang relevan dengan Pendidikan Seni.

Dari aspek sinopsisnya, kursus ini membincangkan prinsip dan konsep aspek-aspek kreativiti dalam Seni Visual serta peranan dan kepentingan pemikiran kreatif, kritis dan efektif. Pengolahan idea, pelaksanaan pengajaran, proses pengkaryaan dan penciptaan bentuk yang kreatif juga turut dibincangkan.

Dari aspek hasil pembelajarannya pula, ianya dapat

1. Menganalisis secara komprehensif perkaitan/hubungan antara pemikiran kreatif dan proses kreatif dalam seni visual.

2. Mengklasifikasi kreativiti dalam pengkaryaan dan penciptaan seni visual.

3. Menghuraikan konsep kreatif dalam proses pengkaryaan dan pengajaran seni visual.

4. Menganalisis proses kreatif dalam bidang seni visual.

5. Menilai ciri-ciri dan prinsip kreatif dalam seni visual.

Kandungan
1. Konsep kreativiti
2. Pemikiran kreatif
3. Seni visual dan pengkaryaan
4. Proses kreatif dalam pengkaryaan
5. Model pemikiran kreatif
6. Pembentukan kreativiti
7. Aplikasi kreatif dan inovatif
8. Kreativiti dan pendidikan seni visual

Seperti mana yang terdapat dalam kandungan Kurikulum Pendidikan Seni, terdapat dua bahagian yang diperkatakan:

1. Teori / Apresiasi

2. Penghasilan Karya / Produk yang terbahagi kepada 4 bidang:

o Seni Halus

o Kraf

o Reka Bentuk

o Komunikasi Visual

Penghasilan Karya / Produk????

……. inilah yang dikatakan sebagai Proses Kreativiti dalam Seni Visual yang akan menentukan samaada sesebuah karya itu berkualiti atau tidak. Proses inilah kita mula menggunakan segala kreativiti dan kelebihan yang ada pada diri kita yang mana kita mula merakamkan brainstorming, uji kaji, penyelidikan, estetika termasuklah nilai terhadap karya yang dihasilkan.

Dalam kata lainnya, dalam proses ini kita mula menyentuh perkara yang tersirat dan tersurat termasuklah juga menekankan perkara sama ada perkara yang dianggap sebagai tangible or intangible.

Inilah yang dikatakan The Creative Process in Visual / Proses Kreativiti dalam Seni Visual.

kreativiti dalam seni visual (tugasan)

TUGASAN - Fikirkan satu masalah paling kompleks dan paling kronik???

Kebanyakannya rata-rata memilih bahawa kematian merupakan satu masalah yang paling kompeks. Memang diakui kematian akan dihadapi oleh semua benda yang bernyawa dan itu merupakan ketentuan ilahi.

Tetapi berlainan aku... memang aku akui kematian merupakan sesuatu cabaran yang paling sukar ditempuhi dan setiap benda bernyawa akan merasainya…

Tetapi dari segi istillah masalah, berani aku ketengahkan bahawa kematian bukanlah masalah, sebaliknya kematian itu adalah kenyataan dan hakikat…

Makanya di sini, aku mengambil konsep kematian itu sebagai pengakhir atau jalan penutup kepada masalah yang akan aku ketengahkan sebentar lagi…

Masalah yang aku maksudkan adalah penyakit yang tiada penawarnya… misalnya AIDS, HIV, atau kanser-kanser boleh juga dikategorikan… sampai sekarang penyakit-penyakit tersebut tidak dapat diselesaikan sebaliknya hanya mampu bertahan….. bertahan selama yang boleh, tapi….... Tetap berakhir dengan kematian.

Alangkah ngerinya kita apabila berhadapan dengan kenyataan yang tidak pasti kehadirannya itu… entah esok, entah lusa… siapa yang tahu… apatah lagi apabila seseorang tersebut telah mengetahui bahawa dirinya mempunyai masalah kesihatan (penyakit yang tiada penawarnya) yang akan menjadikan kenyataan kematian itu telah bertukar menjadi kenyataan yang pasti… pasti akan menghantui dirinya… hari-hari kehidupannya juga dapat diramalkan… amat sedih dan memilukan… bukan kepada dirinya sahaja, malah orang yang tersayang juga turut merasa...

Hanya ketabahan dan kekuatan iman dalam diri sahaja dapat memanjangkan sedikit tempoh hayatnya… tapi hakikatnya… masalah tersebut tetap tiada cara penyelesaiannya…

Itulah masalah yang paling memeritkan... masalah yang tiada penyelesaiannya.......