Saturday, July 25, 2009

kreativiti dalam seni visual (tugasan)

TUGASAN - Fikirkan satu masalah paling kompleks dan paling kronik???

Kebanyakannya rata-rata memilih bahawa kematian merupakan satu masalah yang paling kompeks. Memang diakui kematian akan dihadapi oleh semua benda yang bernyawa dan itu merupakan ketentuan ilahi.

Tetapi berlainan aku... memang aku akui kematian merupakan sesuatu cabaran yang paling sukar ditempuhi dan setiap benda bernyawa akan merasainya…

Tetapi dari segi istillah masalah, berani aku ketengahkan bahawa kematian bukanlah masalah, sebaliknya kematian itu adalah kenyataan dan hakikat…

Makanya di sini, aku mengambil konsep kematian itu sebagai pengakhir atau jalan penutup kepada masalah yang akan aku ketengahkan sebentar lagi…

Masalah yang aku maksudkan adalah penyakit yang tiada penawarnya… misalnya AIDS, HIV, atau kanser-kanser boleh juga dikategorikan… sampai sekarang penyakit-penyakit tersebut tidak dapat diselesaikan sebaliknya hanya mampu bertahan….. bertahan selama yang boleh, tapi….... Tetap berakhir dengan kematian.

Alangkah ngerinya kita apabila berhadapan dengan kenyataan yang tidak pasti kehadirannya itu… entah esok, entah lusa… siapa yang tahu… apatah lagi apabila seseorang tersebut telah mengetahui bahawa dirinya mempunyai masalah kesihatan (penyakit yang tiada penawarnya) yang akan menjadikan kenyataan kematian itu telah bertukar menjadi kenyataan yang pasti… pasti akan menghantui dirinya… hari-hari kehidupannya juga dapat diramalkan… amat sedih dan memilukan… bukan kepada dirinya sahaja, malah orang yang tersayang juga turut merasa...

Hanya ketabahan dan kekuatan iman dalam diri sahaja dapat memanjangkan sedikit tempoh hayatnya… tapi hakikatnya… masalah tersebut tetap tiada cara penyelesaiannya…

Itulah masalah yang paling memeritkan... masalah yang tiada penyelesaiannya.......

No comments:

Post a Comment